Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul
dengan murid-muridnya lalu Imam Al-Ghazali bertanya, PERTAMA, "Apa yang paling dekat dengan diri kita
di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, keluarga, saudara dan sebagainya. Imam Al-Ghazali
menjelaskan semua jawapan itu benar. Namun yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab
itu sudah janji Allah S.W.T kepada setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Petikan surah Al-Imran ayat 185)
Imam Al-Ghazali meneruskan lagi pertanyaannya
kepada murid-muridnya. KEDUA "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya
ada yang menjawab Negara China, bulan, bintang, matahari dan sebagainya. Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa jawapan yang
murid-muridnya berikan adalah benar tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita,
apapun kenderaan kita, kita tetap tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari
mendatang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan
pertanyaan yang KETIGA. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab
gunung, bukit, bumi, lautan dan matahari. Semua jawapan itu adalah benar kata Imam Al-Ghazali tetapi yang paling benar ialah
"NAFSU". (Petikan dari surah Al-A'raf ayat 179).
Pertanyaan KEEMPAT dari
Imam Al-Ghazali adalah "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang
menjawab baja, besi, gajah dan sebagainya. Kata Imam Al-Ghazali semua jawapan itu adalah benar tapi yang paling benar adalah
"MEMEGANG AMANAH". (Petikan dari surah Al-Ahzab ayat 72). Tumbuh-tumbuhan, haiwan, gunung-ganang
bahkan malaikat tidak sanggup ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini sehinggalah
manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT. Lantaran itu jualah, banyak dari manusia masuk ke neraka kerana
ia tidak memegang amanahnya dengan sebaik mungkin.
Imam Al-Ghazali mengajukan
pertanyaan KELIMA, "Apa pula yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas,
debu, angin, daun-daun dan sebagainya. Kata Imam Al-Ghazali semua jawapan yang diberikan adalah benar tapi yang paling benar
ialah "MENINGGALKAN SOLAT".
Lantas Imam Al-Ghazali meneruskan dengan
pertanyaan KEENAM yang merupakan pertanyaan terakhirnya "Apa yang paling tajam
di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak pedang. Benar kata Imam Al-Ghazali tetapi yang paling tajam
adalah "LIDAH MANUSIA". melalui lidahlah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai
perasaan saudaraanya sendiri.