Diriwayatkan oleh Baginda Rasullah SAW, Baginda pernah menceritakan asal-usul
kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam a.s dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan dari Allah atas
hasutan Iblis Laknatullah. Allah S.W.T telah memerintahkan Malaikat Jibrail a.s supaya mengambil api dari neraka untuk diturunkan
ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam a.s.
Maka Malaikat Jibrail a.s pun diperintahkan untuk meminta
api tersebut daripada Malaikat penjaga neraka iaitu Malaikat Zabaniah.
Jibrail a.s : "Wahai Zabaniah?! aku
diperintahkan untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantarkan ke dunia bagi kegunaan Adam a.s"
Zabaniah a.s : "Sebanyak mana api
yang kamu mahu?!"
Jibrail a.s : "Sebesar
biji kurma....."
Zabaniah a.s : "Kalau
sebesar kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi?!"
Jibrail a.s : "Jika begitu, berikanlah
aku sebesar separuh dari buah kurma itu?!"
Zabaniah a.s : "Kalau separuh
buah kurma api neraka yang engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak akan ada sesuatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti......"
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka
Malaikat Jibrail a.s pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia.
Allah S.W.T memerintahkan supaya Jibrail
a.s mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia. Maka Jibrail a.s pun
mengambil api neraka sebesar zarah dari Malaikat Zabaniah a.s.
Namun oleh kerana kepanasan yang keterlaluan
api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupkannya sebanyak 70 kali ke dalam sungai
di Syurga dan sebanyak 70 buah sungai lagi (yakni 140 kali celupan dan rendaman).
Selepas itu Malaikat Jibrail a.s pun
membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah gunung. Tetapi sejurus setelah diletakkan di
atas gunung tersebut secara tiba-tiba gunung itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Malaikat Jibrail a.s mengambil api
tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya yang tertinggal di dunia kini
cuma sisa-sisa api neraka yang cair itu. Bayangkanlah kepanasan sebenar Neraka Allah itu.