Laman Web Peribadi Saya
Home
Perihal Peribadi
Jaringan Laman Web
Hubungi Saya
Doa Pilihan
Bicara AGAMA
Bicara HIKMAH
Bicara CINTA
Koleksi ALBUM
Nasihat Ibrahim Adham r.a

PERISTIWA 1 
(5 nasihat yang menginsafkan)

Telah diceritakan dalam kitab Tawwabin bahawa seorang lelaki telah menemui Ibrahim bin Adham r.a.
 
Ia berkata kepada Ibrahim Adham : "Hai! bapa Ishaq (Ibrahim). Saya ini telah menzalimi diriku sendiri, maka terangkanlah padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku serta menyelamatkan hatiku".
 
Ibrahim Adham r.a menjawab : "Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan lima perkara (yang aku akan katakan ini), nescaya apa saja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan dirimu".
 
Lelaki tersebut pun berkata : "Apa dia? cuba engkau beritahu padaku wahai bapa Ishaq"
 
Ibrahim Adham r.a menerangkan : "PERTAMA, Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah azza wajalla maka janganlah engkau memakan sumber rezekinya!"
 
Lelaki itu mecelah dan berkata : "Dari sumber manakah lagi aku hendak makan, sedangkan segala yang ada didunia ini adalah rezeki kurniannya".
 
Ibrahim Adham r.a menyambung lagi : "Wahai fulan, adakah patut dan wajar engkau memakan rezeki kurniaanNya. Sedangkan engkau ingkar atas perintah dan laranganNya. Tentu tidakkan"
 
 Jawabnya "Baiklah yang KEDUA?".
 
Ibrahim Adham r.a menerangkan lagi : "Bila engkau hendak menderhaka kepada Allah, jangan engkau menginap di mana-manapun di atas dunia ini."
 
Lelaki itu berkata "Ini lebih hebat daripada yang pertama tadi. Kalau Timur dan Barat dan antara kedua-duanya semuanya adalah milik Allah maka di mana pula aku hennak tinggal?".
 
Ibrahim Adham r.a mencelah lagi seraya berkata : "Hai fulan, adakah patut engkau memakan rezeki Allah dan tinggal dibumiNya, kemudian engkau derhaka kepadaNya? Tentu Tidak, buka?" jawab Ibrahim Adham r.a.
 
"Baiklah yang pula yang KETIGAnya?". "Kalau engkau mahu juga menderhaka kepadaNya sedangkan engkau memakan rezeki dan tinggal dibumiNya, maka carilah tempat yang kiranya tidak nampak engkau mencabar perintahNya, kalau sudah engkau sudah temui, Nah! engkau lakukan maksiat tersebut di sana".
 
Lelaki itu berkata : "Hai! Ibrahim! bagaimana dapat aku membuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?!"
 
 Ibrahim Adham r.a menjawab "Hai! fulan, adakah engkau patut memakan rezekiNya, tinggal dibumiNya dan menderhaka kepadaNya walhal ia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engkau lakukan secara terang-terang mahupun secara bersembunyi?".
 
"Baiklah, yang KEEMPATnya?" tanya Lelaki itu lagi.
 
"Apabila tiba Malaikat Maut hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya, Berikan aku tempoh untuk aku bertaubat (taubat nasuha) dan beramal soleh kepada Allah," sambung Ibrahim Adham r.a lagi.
 
"Takkanlah dia mahu menurut perintahku ya! Ibrahim" jawab lelaki tersebut.
 
"Wahai fulan, apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang, engkau tidak akan diberi tempoh walau sesaatpun, maka dalam keadaan begitu masihkah engkau mengharapkan yang engkau akan selamat?". Tambah Ibrahim Adham
 
Lelaki itu bertanya lagi "Baiklah, yang seterusnya?"
 
Ibrahim Adham r.a menerangkan lagi "Apabila datang Malaikat Zabaniah pada hari Qiamat hendak membawamu masuk ke dalam neraka maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya".
 
Lelaki itu mencelah : "Sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku untuk menerima permintaanku"
 
Kata Ibrahim Adham r.a : "Kalau begitu bagaimana engkau boleh selamat?".
 
Lelaki itu pun berkata : "Wahai Ibrahim cukuplah?! Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadaNya".
 
Lelaki itu akhirnya ikut beribadah bersama Ibrahim Adham r.a sehinggalah mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing.

lingkaran.gif

PERISTIWA 2
(Syarat doa dimakbulkan)

 
Ibrahim Adham r.a pernah ditanya oleh sabahat "Mengapa kami berdoa, tetapi tidak dimakbulkan, pada hal Allah berfirman (maksud) "Berdoalah kamu sekalian kepadaKu, nescaya Aku kabulkan".
 
Ibrahim Adham r.a menjawab "Hal itu kerana matinya hati kamu".
 
Kemudian sabahat bertanya "Apakah yang menyebabkan matinya hati itu?".
 
Jawab Ibrahim Adham r.a : "Aku ada beberapa perkara yang mengakibatkan matinya hati seseorang mukmin itu ;
 
1. Kamu mengetahui hak Allah tetapi tidak menunaikan hakNya"
 
2. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajaran di dalamnya"
 
3. Kamu mengatakan kamu mencintai Rasulullah SAW walhal kamu tidak mengamalkan segala sunnahnya"
 
4. Kamu mengatakan takut akan mati, tetapi kamu tidak bersiap sedia untuk menghadapinya"
 
5. Allah SWT berfirman : "Sesungguhnya syaitan itu musuh kalian, maka, perlakukanlah ia sebagai musuhmu" (surah al-Fathir : 6) akan tetapi kamu bersahabat dengan dia untuk membuat pelbagai dosa dan kemungkaran"
 
6. Kamu katakan mati itu benar tapi kamu tidak bersiap-sedia untuk menghadapi saat-saat kematian itu"
 
7. Anda katakan kamu takut akan Neraka Allah, tetapi kamu tidak berusaha menjauhinya"
 
8. Kamu mengatakan kecintaanmu kepada Syurga Allah, tetapi kamu tidak beramal atau mengejar untuk mendapatkannya"
 
9. Kamu kebumikan jenazah orang-orang Islam yang telah meninggal dunia tapi kamu tidak mengambil iktibar pemergian tersebut"
 
10. Apabila kamu bangun dari tempat tidur kamu kemudiannya menyembunyikan keaiban kamu ke belakang dan membentangkan keaiban orang lain di hadapan kamu. Lalu kamu membuat kemurkaan Allah"
 
Lantas Ibrahim Adham r.a menyambung lagi : "Bagaimana Allah akan mengabulkan doa kamu?"

lingkaran.gif

PERISTIWA 3
(Nasihat kepada Masyarakat) 

Kata Ibrahim Adham r.a "Aku bersahabat dengan sebahagian besar ahli-ahli ibadah di Gunung Lubnan. Kebanyakkan daripada mereka memberi nasihat begini ; Kalau engkau kembali ke dalam kelompok masyakat nasihatilah mereka dengan empat perkara"
 
1. Barang siapa yang banyak makan tidak akan menemui nikmatnya ibadah.
 
2. Barang siapa banyak tidur umurnya tidak akan ada berkahnya.
 
3. Siapa yang ingin diredhai oleh manusia sahaja maka janganlah mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT.
 
4. Barang siapa yang banyak berbicara kosong dan banyak menabur fitnah serta banyak mengumpat, maka ia akan keluar dari agamanya (Islam), jadilah ia itu dari golongan yang su'ul Khatimah (akhir hayat yang buruk). Na'uzubillah"

lingkaran.gif

PERISTIWA 4
(Enam pintu untuk enam pintu)

Menurut Ibrahim Adham r.a : "Seseorang itu tidak akan mencapai darjat para solihin sehingga melalui 6 rintangan"
 
1. Menutup pintu kemuliaan, kemudian membuka pintu kehinaan.
 
2. Menutup pintu nikmat, kemudian membuka pintu kesukaran.
 
3. Menutup pintu istirehat, kemudian membuka pintu rintangan.
 
4. Membuka pintu tidur, kemudian membuka pintu jaga.
 
5. Menutup pintu kekayaan, kemudian membuka pintu kemiskinan.
 
6. Menutup pintu harapan, kemudian membuka pintu persiapan menghadapi sakaratul maut.

mutiara.jpg

Diriwayat oleh Abu Dzar Al-Ghafiri r.a ; Rasulullah s.a.w bersabda : Lihatlah kepada orang yang tingkatnya ada dibawahmu dan janganlah engkau melihat orang yang tingkatnya di atasmu (dalam hal keduniaan), sebab dengan cara yang sedemikian inilah yang lebih membuktikann bahawa engkau tidak meremehkan kenikmatan yang telah dilimpahkan oleh Allah kepadamu".
(Hadith Ibnu Hibban dan Hakim-isnad sahih)