Mungkin Allah sengaja mahu kita
berjumpa dengan orang yang salah terlebih dahulu sebelum kita menemui insan yang benar supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul.....kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian nikmat dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.....
Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup
jangan merintih kerana pasti ada pintu lain yang akan terbuka untukmu. Memang kita lazimnya akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik merupakan
seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan dan pertemuan yang paling hebat yang pernah anda alami...
Memang benar, kita tidak akan tahu
apa yang telah kita ada sehinggalah kita kehilangannya. Begitu jugalah apabila kita terasa rindu sehinggalah
'ia' datang menyelimuti kita.....
Memberi seluruh cinta anda bukanlah
satu kepastian yang mereka akan menyintai anda sepenuh hatinya. Jangan harapkan cinta sebagai alasan. Nantikan sahaja ia untuk
mekar di dalam hati. Sekiranya tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Kita mengambil masa seminit untuk
jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi mengambil masa
yang panjang untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana
barangkali ia boleh jadi palsu. Jangan dikejar kemewahan kerana ianya lambat laun akan susut jua. Janganlah pandang kepada
darjat kerana kelak kita terasa rendahnya. Carilah, seseorang yang mempunyai nilai agama yang tinggi. Elok budi pekerti, yang
sering membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari-hari yang suram.
Akan tiba suatu ketika di dalam kehidupan
anda apabila anda teramat rindukan seseorang sehinggakan anda ingin menggapainya di alam mimpi dan seraya memeluk
semahu-mahunya.
Mimpilah apa yang ingin anda impikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Pastikan ia tidak terkeluar dari batas-batas dan norma-norma
agama.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang
cukup untuk membuatkan anda menarik dan berkeyakinan. Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda lebih kuat dan matang.
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda rasa bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirkanlah, ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya
dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan
hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis. mereka yang terluka. mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan
manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.
Masa depan yang cerah berteraskan kehidupan lepas
yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan
dan kekecewaan masa silam.
Cinta itu umpama
gelas. Jika digengam terlalu keras sudah pasti ia pecah. Namun jika dilepaskan ia akan jatuh pula. Terpulanglah
pada kita bagaimana untuk memilikinya.
Semasa anda dilahirkan,
anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum riang. Teruskanlan hidup anda supaya apabila anda mati nanti, anda pula yang
akan tersenyum manakala orang sekeliling anda pula yang akan menangis atas pemergian kamu.