Laman Web Peribadi Saya
REALITI CINTA
Home | Perihal Peribadi | Jaringan Laman Web | Hubungi Saya | Doa Pilihan | Bicara AGAMA | Bicara HIKMAH | Bicara CINTA | Koleksi ALBUM

Apa sebenarnya yang kita cari dalam cinta? Ikutilah kisah ini untuk kita sama-sama ambil iktibar dan renungan. ia hanyalah rekaan semata-mata tapi cukup untuk mengambarkan apa realiti CINTA.

  Di sebuah pulau yang agak terpencil, maka tinggallah pelbagai benda-benda abstrak : ada CINTA, KEKAYAAN, KEGEMBIRAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, WAKTU dan bermacam-macam lagi.
 
Awalnya kehidupan mereka saling bergantungan antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi.
 
Namun suatu ketika, datang badai yang begitu kuat menghempas pulau terpencil tersebut dan lama-kelamaan air laut mula naik. semakin lama semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau yang sebelumnya indah permai. Semua penghuni pulau semakin gusar. Masing-masing mencari jalan untuk menyelamatkan diri.
 
CINTA sangat binggung sebab ia tidak dapat berenang dan tidak pula mempunyai perahu. Ia berdiri di muka jendela. Rumahnya kini semakin ditenggelami air. CINTA semakin panik dan cuba mendapatkan pertolongan. Sementara itu air mulai membasahi ruang rumah CINTA.
 
Tiba-tiba CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahunya. CINTA berteriak memanggil KEKAYAAN dari sudut rumahnya.
 
"KEKAYAAN! KEKAYAAN! tolong aku KEKAYAAN?!" teriak CINTA.
 
Lalu sahut KEKAYAAN "Maafkan aku CINTA, perahuku sudah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu sekali. nanti perahuku ini akan tenggelam. Lagi pula, tidak tempat lagi untukmu di dalam perahu aku ini". Jawab KEKAYAAN.
 
"tapi kau mesti tolong aku KEKAYAAN," celah CINTA.
 
"Maafkan aku, CINTA. Maafkan aku," sambut KEKAYAAN lalu meninggalkan CINTA keseorangan.
 
Kesedihan CINTA memuncak. Kawan yang dulunya menjadi tempat sepermainan secara tiba-tiba bertukar peranan. semakim lama semakin jauh KEKAYAAN mengayuhkan perahunya. CINTA kembali sedih. Difikirannya dihujani pelbagai persoalan untuk dijawab.
 
Sejurus kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN menghampirinya. CINTA kembali merasa lega. Fikirnya barangkali KEGEMBIRAAN akan dapat membantunya.
 
"KEGEMBIRAAN! tolong aku?!" Teriak CINTA mengharap ehsan. Namun apa yang terjadi benar-benar di luar jangkaan CINTA.
 
KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tidak mengendahkan jeritan dari CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke paras pinggang. CINTA semakin panik.
 
Tidak lama kemudian rakannya bernama KECANTIKAN mengayuhkan perahunya menghala ke rumah CINTA.
 
"KECANTIKAN!..Bawalah aku pergi bersamamu?" pinta CINTA kepada teman baiknya itu.
 
Lalu KECANTIKAN menjawab " CINTA, Kamu basah dan kotor. Mana mungkin aku bisa membawamu sekali ke dalam perahuku yang cantik ini?" sahut KECANTIKAN.
 
CINTA benar-benar dilanda kesedihan yang maha hebat. Manik-manik putih seraya mengalir tanpa diminta dari celah-celah kelopak mata CINTA.
 
Terdetik dihatinya "Apa salahku sehinggakan aku diperlakukan sedemikian, dulu mereka tak seperti ini. Mengapa semua kawan-kawanku meninggalkan aku?". Tatkala CINTA menangisi nasibnya tiba-tiba menghampiri saat itu rakannya bernama KESEDIHAN.
 
Lalu sekali lagi CINTA memanggil kawannya itu. "Oh! KESEDIHAN...tolonglah bawaku bersamamu?" rayu CINTA dengan raut yang agak sugul.
 
KESEDIHAN menjawab "Maafkan aku CINTA. Aku sedang dilanda kesedihan ketika ini dan aku mahu bersendirian saja....maafkan aku CINTA" sambut KESEDIHAN lalu meninggalkan CINTA yang kini di ambang maut itu.
 
CINTA sudah patah harap. Ia merasakan air semakin naik ke paras lehernya. Difikirannya hanyalah maut yang kelihatan. CINTA pasrah. "Dulu ketika kawanku KEKAYAAN di dalam kesempitan akulah yang menjadi memberikan ladang dan kebun untuk diusahakan. Kecintaanku pada KEKAYAAN mengatasi segalanya. Aku tambahkan kecintaan dalam hati setiap orang yang memandang. sehinggakan melimpah kekayaannya.
 
Dulu ketika kawanku KEGEMBIRAAN diselubungi kedukaan, akulah yang menjadi perantaranya. Aku semaikan kecintaan pada sesiapa orang yang dirundung kedukaan agar mereka kembali melupakan saat-saat kesedihan. Bila mereka riang aku turut merasa senang.
 
Ketika kawanku KESEDIHAN di dalam kebingungan, tanpa teman untuk mencurahkan rasa kesedihan dan kedukaan, akulah insan pertama yang menjadi rujukan. Akulah yang mententeramkan perasaan. Aku semaikan kecintaanku pada setiap orang yang dirundung kesedihan sehingga mereka kembali keriangan.
 
Tapi kini, tatkala aku di ambang kesusahan teman-temanku hilang dari pandangan"getus hati kecil CINTA .
 
Air kini semakin tinggi. CINTA terus-menerus mengharapkan agar dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia memanjatkan tangan kehadrat ALLAH
 
"YA ALLAH!!..Ya Tuhanku!!...tolonglah hambamu ini..apa akan jadi kalau dunia ini tanpa CINTA, YA ALLAH?". Air matanya tak putus-putus mengalir.
 
Pada saat-saat genting itulah secara tiba-tiba terdengar suara "CINTA!! cepat naik ke perahuku!! air semakin tinggi ni....kelak kau akan ditenggelaminya"CINTA membuka matanya perlahan seraya menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua yang berjanggut putih panjang sedang menghulurkan tangannya.
 
"cepat!! CINTA" teriaknya lagi. Lalu cepat-cepat CINTA menghulurkan tangannya naik ke atas perahu itu. Tepat sebelum CINTA ditenggelami air sepenuhnya. Tanpa sepatah katapun yang terucap oleh CINTA hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada orang tua tersebut. Orang tua tersebut hanya tersenyum melihat CINTA. Kemudian orang tua tersebut menurunkan CINTA di sebuah pulau berdekatan.
 
Tanpa sepatah kata, orang tua tersebut terus meninggalkan CINTA di pulau tersebut. Pada masa itu, CINTA baru sedar yang dia tidak mengenali orang tua yang menyelamatkannya itu. CINTA segera bertanyakan tentang orang tua tersebut kepada seorang penghuni di pulau itu. "Siapa orang tua yang mengayuh perahu itu?" tanya CINTA kepada penduduk di pulau tersebut.
 
"Oh!! orang tua itu adalah WAKTU?" kata penduduk tersebut.
 
"WAKTU!! tapi saya tak kenal pun orang tua tu, kenapa dia selamatkanku" terdetik di hati CINTA. Difikiranya dihujani pelbagai persoalan meniti untuk dijawab.
 
"tapi mengapa dia menyelamatkanku walhal dia tak pernah mengenaliku sebelum nie. Bahkan kawan-kawanku yang lain pergi menyelamatkan diri masing-masing dan enggan menolongku" tambah CINTA lagi. Dia benar-benar kehairanan.
 
"Sebab hanya WAKTU lah yang tahu betapa nilainya erti CINTA itu". tambah penduduk tua tersebut.