Laman Web Peribadi Saya
Home
Perihal Peribadi
Jaringan Laman Web
Hubungi Saya
Doa Pilihan
Bicara AGAMA
Bicara HIKMAH
Bicara CINTA
Koleksi ALBUM
Petua berjaya dalam bercinta

Berjaya atau tidak formula ini bukanlah pokok persoalan tapi sejauhmana kita memainkan peranan dalam mengukuhkan sesebuah perhubungan

 
Petua Berjaya Dalam Bercinta

Bila anda sembahyang, selitkanlah sepotong doa memohon agar anda dikurniakan rasa cinta sejati, iaitu cinta yang bernaung di bawah panji-panji kebenaranNya.
 
Berdoalah agar anda dikurniakan kekasih yang tahu mengasihi dan mencintai anda keranaNya, walaupun anda cinta kepada kekasih, itu tanda bahawa cinta kepadaNya dan mengikut jalanNya.
 
Bercintalah dengan tingkahlaku yang sederhana kerana memahami bahawa cinta kepada kekasih hanyalah cinta tingkat kedua selepas cinta kerana Allah. Bertindaklah setiap masa untuk mencintai kekasih anda dan mengekali itu, hingga duniapun mendapat manfaat limpahan cinta anda.
 
Tanamkan sangka baik terhadap Allah serta kekasih anda. Letakkan keyakinan anda kepada kekuasaan Allah yang akan menjayakan cinta anda. Yakinlah bahawa kekasih anda akan sama menjayakan cinta itu ke tahap
  yang cemerlang.
 
Bersikap redha andainya berlaku kejadian di mana cinta anda menempuh kegagalan atau tidak menjadi sebagaimana yang anda harapkan. Anda tidak putus asa atas nikmatNya.
 
Mengenalpasti kelemahan-kelemahan diri anda, sentiasa mencermin diri anda dari segi pretasi bercinta serta mengambil langkah mengatasi kelemahan yang ada.
 
Menyedari hakikat wujudnya gangguan-gangguan serta halangan di sekeliling anda dalam usaha membentuk cinta sejati terhadap kekasih anda. Mengambil langkah terbaik untuk atasi halangan ini dan berdoa agar dilepasi dari halangan ini.
 
Halakan permohonan anda kepada Allah dan Dia akan kurniakan kepada anda nikmat cinta yang tidak pernah anda rasakan sebelum itu, serta menjauhkan diri anda dari segala rasa sengsara atau kesedihan.
 
Sederhana dalam kegembiraan anda terhadap cinta kepada kekasih anda dan bersyukurlah sentiasa.
 
Tidak lupa tentang matlamat dan haluan cinta anda iaitu mencintai Pencipta, mendapat keredhaanNya. Cinta anda kepada kekasih anda hanya tempias cinta anda terhadapNya. 

Enter supporting content here