Falsafah Cinta oleh pemikir
terkemuka
Cinta kepada Allah SWT, Cinta kepada Rasulullah
SAW kemudian barulah Cinta kepada makhluk Allah seperti keluarga dan kekasih
<Ibnu Yusof>
Insan yang mencintai dengan tulus akan lambat
melupakan cintanya
<Bidalan Perancis>
Bila hati sudah terpaut pada kekasih, siapa peduli
kasta apakah dia?
<Bidalan India>
Cinta boleh menukar pondok usang menjadi istana
emas
<Bidalan Jerman>
Sesiapa yang ingin dicintai perlulah terlebih
dahulu mencintai
<Bidalan Arab>
Sebiji bawang yang diberikan dengan cinta mahalnya
ibarat seekor bebiri
<Bidalan Mesir>
Tujuh saat bercinta, tujuh minit berkhayal, sepanjang
hidup merana
<Bidalan Arab>
Cinta ibarat minyak wangi tidak dapat disembunyikan
<Bidalan Parsi>
Cinta itu menyembunyikan kecacatan
<Bidalan Syria>
Insan yang sedikit cakapnya itu lebih mendalam
cintanya
<Bidalan Itali>
Benang itu pasangannya jarum, cinta itu pasangannya
hati
<Bidalan Sudan>
Siapa yang mengembara kerana cinta, akan didapati
seribu batu hanya sebatu
<Bidalan Jepun>
Bila dua jiwa menjadi satu, hatta raja pun tidak
mampu memisahkannya
<Bidalan Turki>
Cinta itu tumbuh subur dan sentiasa bercahaya
terang benderang dan detiknya yang pertama; siang adalah malam
<John Donne>
Tiada kata yang boleh menzahirkan rahsia cinta,
dan jauh melangkaui sempadan kata-kata disitulah letaknya gelora kemahuan
<Hafiz>
Cinta itu bermula dari seorang dan berakhir dengan
bersama. Cinta keibuan itu bermula dari satu dan berakhir dengan perpisahan
<Erich Fromm>
Cinta itu mempunyai tujuh ratus sayap dan setiap
sayapnya merentang dari langit paling atas hingga ke perut bumi
<Jalaludin Rumi>
Apakah nilai cinta pertama selain bersedia untuk
bercinta buat kali kedua? Apa yang ada pada cinta kedua selain menyesali cinta pertama?
<John Hay>
Cinta merasa sejam itu berbulan, sehari itu bertahun
dan setiap kehilangan itu terasa seumur hidup
<John Dryden>
Cinta itu seperti hantu. Setiap orang menyatakannya
tapi hanya segelintir yang melihatnya
<La Rochefaucauld>
Andai anda mahu dicintai, jadilah bernilai bila
dicinta
<Ovid>
Cinta sepatutnya ibarat pohon, akar tunjangnya
jauh di perut bumi dan dahannya menjangkau ke langit
<Bertrand Russell>
Cinta itu keadaan di mana kegembiraan orang lain
itu penting buat anda
<Robert A. Heinlein>
Hampir semua insan bercinta tapi hampir tak siapa
tahu bagaimana untuk bercinta
<Eugino Maria de Hostos>
Cinta itu adalah sebuah misteri tanpa penghujung
kerana ia tidak punya apa-apa yang lain untuk menjelaskan tentangnya
<Rabindranath Tagore>
Untuk cinta pandang pertama, seorang itu perlu
ada sesuatu untuk dihormati dan sesuatu untuk dikasihani diwajahnya
<Stendhal>
Anugerah cinta tidak boleh diberi tapi ia
menunggu untuk diterima
<Rabindranath Tagore>
Kita tidak cintakan seseorang berdasarkan
kelebihannya atau kekurangannya tapi kerana orangnya
<Jacques Maritain>
Cinta itu adalah kemaafan yang berterusan dan
renungan lembut yang menjadi tabiat
<Peter Ustinov>
Orang yang berkasih tidak jemu antara satu sama
lain sebab mereka sentiasa bercakap tentang mereka
<La Rochefoycauld>
Orang yang bercinta tahu apa yang mereka minta
tapi tak tahu apa yang mereka mahukan
<Publilius Syrus>
Berteman biasanya berakhir dengan bercinta; tapi
bercinta tidak selalunya pernah berakhir sebagai teman
<Charles
Caleb Colton>