Nabi Muhammad SAW yang bersabda maksudnya
: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Neraka Jahanam".
Jawab Jibrail :"Ya!
ketika Allah menjadikan Neraka Jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga menjadi merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga menjadi putih, kemudian dinyalakan selama seribu
tahun lagi sehingga menjadi hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyalaan dan baranya sehingga hari Qiamat.
Tambah Jibrail a.s lagi : "Demi
Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia
semuanya kerana kepanasannya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikata satu baju ahli neraka itu digantung di
antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas besinya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan
hak, andaikata satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair hingga
ke paras bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya
akan terbakar orang-orang yang berada di timur kerana sangat panasnya. Neraka Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya adalah
besi dan batu. Minumannya air panas bercampur nanah. Pakaiannya dari potongan-potongan api. Api Neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan"
Rasullah SAW bertanya lagi: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu di rumah kami?".
Jawab Jibrail a.s : "Tidak
tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari yang lainnya, dari pintu ke pintu jaraknya 70,000 tahun, tiap pintu lebih
panas dari yang lainnya sebanyak 70 kali ganda".
Tanya Rasulullah SAW : "Siapa
penduduk masing-masing pintu?".
Jawab Jibrail "
Pintu PERTAMA iaitu yang terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa
a.s serta keluarga FIR'AUN. Nama Neraka itu adalah Neraka AL-HAWIYAH.
Pintu KEDUA pula tempat orang-orang
musyrikin. Nama Neraka itu adalah Neraka JAHIM.
Pintu KETIGA pula untuk orang-orang
Shobi'in. Nama Neraka itu adalah Neraka SAQAR.
Pintu KEEMPAT pula untuk tempat Iblis
dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Neraka LADNA.
Pintu KELIMA pula untuk orang Yahudi
bernama Neraka HUTHOMAH.
Pintu KEENAM pula untuk orang Nasara
(Nasrani) bernama Neraka SA'EIR.
Kemudian Jibrail diam dan segan pada
Rasulullah sehingga ditanya : "Mengapa tidak kau terangkan penduduk Pintu KETUJUH?".
Jawab Jibrail : "Di
dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang mati belum sempat bertaubat".
Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga kembali sedar.
Sesudah sedar, Nabi SAW bersabda : "Ya! Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedih hatiku. Apakah ada seorang dari umatku yang akan
masuk ke dalam Neraka Jahanam ini".
Jawab Jibrail : "Ya!
iaitu orang yang berdosa besar di kalangan umatmu".
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail turut
menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk bersolat kemudian kembali dan tidak berbicara
dengan sesiapa pun dan bila bersolat selalu memohon kepada Allah.
Petikan Hadith Qudsi yang bermaksud:
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan
maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariku. Tahukah kamu bahawa Neraka Jahanamku itu".
PERTAMA
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
KEDUA
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
KETIGA
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
KEEMPAT
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
KELIMA
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
KEENAM
Setiap bilik mempunyai 70,000 buah kotak
KETUJUH
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang
Pokok Zarqum
KELAPAN
Dibawah setiap Pokok Zarqum terdapat
70,000 ekor ular
KESEMBILAN
Di dalam mulut setiap ular yang panjang
70 hasta itu mempunyai lautan racun yang hitam pekat
KESEPULUH
Juga di bawah Pokok Zarqum mempunyai
70,000 rantai
KESEBELAS
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat