Laman Web Peribadi Saya
Home
Perihal Peribadi
Jaringan Laman Web
Hubungi Saya
Doa Pilihan
Bicara AGAMA
Bicara HIKMAH
Bicara CINTA
Koleksi ALBUM
Api yang menghalau manusia

Untuk apa didatangkan api itu menjelang Qiamat nanti? Api itu didatangkan Allah untuk mengkucar-kacirkan manusia ketika itu. Api itu akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka iaitu di kawasan Negeri Syam. Kekacauan yang dimaksudkan adalah ketakutan kepada orang-orang kafir. Sedangkan bagi orang-orang mukmin tidak diragui lagi api itu akan sejuk bagi mereka sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s Orang-orang beriman akan lari kepada Allah.
 

Dari Huzaifah Bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata : "Datang Rasulullah SAW ke tempat kami sedangkan kami ketika itu asyik memikirkan sesuatu. Melihat yang demikian baginda menjawab : "Apa yang sedang kamu fikirkan?". Kami berkata : "Kami tengah memikirkan tentang hari Qiamat." Baginda menjawab : "Qiamat belum terjadi sehingga kamu melihat sebelumnya 10 tanda iaitu:-
 
PERTAMA : Dunia diliputi asap
KEDUA : Munculnya Dajjal
KETIGA : Keluar binatang dari bumi
KEEMPAT : Terbit matahari dari barat
KELIMA : Turunnya Nabi Isa a.s Bin Maryam
KEENAM : Munculnya golongan Yakju' dan Makju'
KETUJUH : Terjadi gerhana di timur
KELAPAN : Terjadi gerhana di barat
KESEMBILAN : Terjadi gerhana di Jazirah Arab
KESEPULUH : Keluarnya api yang menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.

ayat2.jpg

ayat3.jpg

Hakikat kejadian ini tidaklah mustahil terutama sekali di daerah timur tengah yang di bawah tanahnya ada lautan bahan bakar (minyak), di samping itu juga di bumi Arab ada orang taat dan ramai juga yang bermaksiat. Terkadang berlaku kebakaran hutan yang hebat sehinggakan manusia susah untuk memadamkannya.

mutiara.jpg

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisaa' : Ayat 86)