Laman Web Peribadi Saya
Home
Perihal Peribadi
Jaringan Laman Web
Hubungi Saya
Doa Pilihan
Bicara AGAMA
Bicara HIKMAH
Bicara CINTA
Koleksi ALBUM
Dukhan

Di riwayatkan oleh Ibnu Jarir berkata : "Bercerita kepadaku Muhammad bin Auf, dari Abu Malik Al-Asy'ari, katanya Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya Tuhan kamu mengingatkan kepada kamu dengan tiga perkara iaitu asap yang menjadikan orang kafir dan mukmin itu sakit selsema, kedua akan datangnya binatang dan yang ketiga kedatangan Dajjal"
 
Tambah Ibnu Jarir : "Telah bercerita kepadaku Ya'qub yang didengarnya dari Abdullah bin Abu Malik iaitu "Kami berangkat pagi hari ke rumah Ibnu Abbas pada suatu hari, maka beliau berkata "Malam tadi saya tidak dapat tidur sepanjang malam." Kami bertanya : "Mengapa?" Beliau menjawab : "Kata mereka terbit bintang berekor, maka saya takut asap yang dijanjikan itu akan terjadi. Akhirnya saya tidak dapat tidur sampai pagi hari"
 
Menurut Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Hassan dan Zaid bin Ali, semoga Allah merahmati mereka semua : "Ia adalah asap yang terjadi sebelum Qiamat. Asap itu masuk ke dalam telinga orang-orang kafir dan orang munafik yang menjadikan mereka seperti orang sakit selsema. Dan menjadikan dunia ini secara keseluruhannya seperti rumah yang dinyalakan api di dalamnya"
 
Ibnu Mas'ud berkata : "Di antara peristiwa-peristiwa dikatakan Al-Quran akan terjadi ada lima macam yang sudah berlalu atau sudah pun terjadi iaitu datangnya asap, penaklukan Rumawi, terbelahnya bulan, terjadinya hentaman yang keras dan terjadinya peperangan yakni peperangan Badar."
 

mutiara.jpg

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
(An-Nisaa' : Ayat 85)