Pengkaji ruang angkasa atau pakar astronomi
telah mendedahkan mereka telah menjumpai satu sistem cakerawala yang menghampiri sistem solar kita yang mana ini memberi harapan
kemungkinan menjumpai planet seperti bumi.
Penemuan itu yang dilakukan oleh sekumpulan Pakar Astronomi menggunakan Sistem Teleskop Anglo-Australian di Siding Spring, dekat Coonabarabran
di New South Wales, Australia.
Hugh Jones dari John
Moores University di Liverpool berkata, kumpulannya telah menjumpai sistem itu yang mengelilingi bintang yang dinamakan
HD 70642 yang terletak kira-kira 94 tahun cahaya dari bumi.
"Struktur bintang tersebut mempunyai
persamaan dengan matahari dan keterangan cahayanya juga seakan menunjukkan ia mempunyai usia yang sama" kata Jones.
Planet yang mengelilinginya pula mempunyai
putaran orbit seperti Planet Jupiter mengelilingi cakerawala matahari. Persamaan-persamaan tersebut telah mendorong kumpulan
pakar-pakar astronomi dari British, Australia dan Amerika Syarikat tersebut mempunyai ramalan kemungkinan untuk menjumpai
planet yang menyerupai bumi pada masa hadapan.
Pada masa ini, pencarian planet seperti
bumi dalam sistem angkasa yang terlalu luas tersebut agak sukar dilakukan disebabkan terbatasnya kemampuan teropong teleskop
sedia ada.