Pejabat
Penyelidikan Astronomi di Vienna telah dapat mengesan satu KEAJAIBAN yang bakal berlaku pada 9 dan
23 November 2003 kerana dijangka akan terjadi satu gerhana bulan dan satu
gerhana matahari pada tarikh-tarikh tersebut tidak lama lagi.
Yang pasti jika ia benar berlaku tarikh-tarik
itu akan jatuh pada Bulan Ramadhan 2003. Dijangka Bulan Ramadhan akan bermula pada 27 Oktober 2003 & berakhir
pada 27 November 2003. Dengan itu, tarikh 9 dan 23 akan jatuh dalam Bulan Ramadan.
Menurut sumber, Gerhana
BULAN pada 9 November 2003 akan dapat dilihat di seluruh Negara Eropah, Asia Tenggara, Benua Afrika dan Amerika.
Manakala Gerhana MATAHARI pada 23 November 2003 pula akan dapat
dilihat oleh penduduk di Bahagian Antartika dan Selatan Laut Hindi.
Diriwayatkan
oleh Imam Ja'afar Sadiq : "Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan
dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran
Nabi Muhammad SAW" (Ikmal Al-Din m.s 361)
Justeru berdasarkan petikan di atas dengan fakta
yang diberikan. Penulis sendiri minta pendapat kepada sahabat-sahabat sekelian dapat kiranya sesiapa antara kita yang
boleh memberi panduan kaitan akan terjadinya gerhana tersebut dengan fakta di atas.
Jika benar, apakah makna berlakunya 2
gerhana tersebut?!! Jika sebaliknya, mungkin kita belum terlewat untuk berbuat kebaikan.
|