Laman Web Peribadi Saya
Home
Perihal Peribadi
Jaringan Laman Web
Hubungi Saya
Doa Pilihan
Bicara AGAMA
Bicara HIKMAH
Bicara CINTA
Koleksi ALBUM
Bom Jangka Yellowstone

gberapi3.jpg

Bumi sekali lagi bakal dikejutkan dengan penemuan terkini oleh Pakar Kaji Bumi dan kebarangkalian berdepan dengan kesan bencana alam paling dahsyat apabila satu gunung berapi terbesar menanti masa untuk meletus.

gberapi1.jpg
Air panas yg terdapat di Yellowstone

Kajian dijalankan oleh Profesor Bill McGuire dari Kolej Universiti London mendapati gunung berapi itu akan metelus setiap 600,000 tahun dan kali terakhir letusan berlaku adalah 640,000 tahun lalu
 
Pada musim panas lalu, Ahli Kaji Bumi mengesan ada gerakan kuat di bawah bumi di Taman Negara Yellowstone
 
Julai lalu, satu bahagian daripada kawasan simpanan itu terpaksa ditutup kerana berlaku pancutan wap panas yang luar biasa
 
FAKTA MENGENAI GUNUNG BERAPI TERSEBUT
 
Letupan kuat gunung berapi terakhir yang direkodkan adalah di Gunung Berapi Krakatoa di Sumatera, Indonesia pada Ogos 1883
Ia terletak di bawah Taman Negara Yellostone, wilayah Wyoming, Amerika Syarikat, Gunung berapi itu didapati semakin matang dan boleh meletus pada bila-bila masa.
 
Panjang kawah Gunung Berapi bawah tanah itu sepanjang 84.8 kilometer atau sepanjang perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Sungai Petani (melalui Lebuhraya Utara Selatan-PLUS)
 
Lebar kawah adalah sepanjang 48 kilometer iaitu jarak antara Sungai Besi ke Senawang
 
KESAN LETUPAN GUNUNG BERAPI
 
Kesan letupan gunung berapi ini hampir sama dengan kesan serangan bom nuklear musim sejuk
 
Bumi akan merasai gegaran paling kuat sejak 73,000 tahun Sebelum Masihi
 
Lahar amat panas akan dipancutkan ke udara sehingga puluhan kilometer ke atmosfera
 
dataran pula dibanjiri dengan lahar panas dan cukup untuk melitupi Amerika Syarikat sekurang-kurangnya sedalam 12.5 sentimeter
 
Udara dipenuhi awan berdebu yang menghalang pancaran matahari ke bumi
 
Suhu dunia tidak menentu
 
Hujan Asid mengancam bumi dan kemungkinan hidupan akan pupus
 

gberapi2.jpg

Pancutan air panas luar biasa yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini di Yelowstone menyebabkan ahli sains yakin akan berlaku letupan gunung berapi pada bila-bila masa. Taman Negara Yellowstone terletak di atas kawah Gunung Berapi bawah tanah.

mutiara.jpg

Seorang lelaki kampung yang dalam keadaan musafir telah menghadap Rasulullah s.a.w, lalu dia memegang tali unta baginda. Kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Muhammad! Ceritakanlah kepadaku perkara yang boleh mendekatkanku kepada Syurga dan menjauhkanku dari Neraka. Rasulullah s.a.w tidak segera menjawab, sebaliknya baginda memandang ke arah para sahabat sambil bersabda: Sesungguhnya dia adalah orang yang telah mendapat petunjuk. Kemudian baginda bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah perkara yang engkau tanyakan tadi? Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan pulihkanlah hubungan kekeluargaan. Sekarang lepaskanlah unta ini
(Hadith riwayat Abu Ayub Al-Ansariy r.a)