Laman Web Peribadi Saya
Home
Perihal Peribadi
Jaringan Laman Web
Hubungi Saya
Doa Pilihan
Bicara AGAMA
Bicara HIKMAH
Bicara CINTA
Koleksi ALBUM
Asteroid melanggar bumi

aste1.jpg

Antara tanda-tanda Qiamat semakin hampir dengan manusia adalah apabila berlaku banyak peristiwa yang mengemparkan manusia dan seisinya (Rujuk perihal berkenaan Qiamat). Perihal berkenaan asteroid gergasi 2003 QQ47 yang diramal merempuh bumi pada 21/3/2014 telah mengemparkan penduduk dunia. Benarkah ia bakal berlaku? Jika ia adakah ia permulaan akhir dunia (Qiamat)

Anda percaya atau tidak tarikh yang dijangkakan asteroid melanggar bumi itu jatuh pada HARI JUMAAT (cuba setkan telefon bimbit anda pada tarikh 21/3/2014 dan anda akan dapat jawapannya)

aste2.jpg

FAKTA BERKENAAN ASTEROID GERGASI 2003 QQ47
 
Ketakutan penduduk dunia bermula apabila Pusat Maklumat Objek Dekat Bumi (NEOIC) yang berpangkalan di Pusat Angkasa Kebangsaan (dibiayai oleh Kerajaan Bratain) mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai penemuan 2003 QQ47.
 
Ketika kenyataan akhbar itu dibuat, ahli astronomi menegaskan bahawa mereka akan memantau 2003 QQ47. Gambaran menakutkan mengenai kejatuhan tahi bintang itu ke bumi mendorong Kerajaan Britain mencari rakan kongsi bagi membiayai pembinaan teleskop baru pada September 2000.
 
Asteroid tersebut sepanjang 1.2 kilometer dan seberat 2.6 bilion tan yang dikatakan mempunyai kekuatan letupan 20 juta bom atom (8 juta kali kekuatan bom atom yang digugurkan di Hiroshima)
 
Bayangan bagaimana sebutir tahi bintang raksasa yang jatuh di Kawasan Caribbean kira-kira 65 juta tahun lampau menyebabkan kepupusan dinasour.
 
 

aste3.jpg

aste4.jpg

mutiara.jpg

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Qiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka
(Surah Luqman ayat 34 )