Apakah bukti Cinta?!

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa
bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahukan. Mereka percaya jika itu tidak berlaku,
maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat sama sekali.
Jika anda memberikan semua yang dia mahukan, Apakah yang tinggal pada anda? Benarkah si dia akan menyintai anda sepenuhnya bila pengorbanan
anda yang anda berikan sebelumnya?
Cinta Sejati atau Cinta Suci
tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasihnya itu tetap terpelihara dan selamat
sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
|
 |
Apakah itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. ia adalah
fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu dengan penuh emosi dan
gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta manusia menghadapi krisis nilai.
Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk
mencapai kepuasan dalam bercinta. Ada yang menjadi kabur dan buta nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana, mereka
mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh
dengan ketaqwaan.
|