Laman Web Peribadi Saya
Home
Perihal Peribadi
Jaringan Laman Web
Hubungi Saya
Doa Pilihan
Bicara AGAMA
Bicara HIKMAH
Bicara CINTA
Koleksi ALBUM
PERIHAL QIAMAT

TANDA-TANDA QIAMAT

PERIHAL PERTAMA
(KIASAN DAN BIDALAN)

flash51.gif

Tibanya Qiamat tanpa memberi amaran ibarat : dua orang yang hendak berjual beli ketika mengembangkan kain, tetapi tidak sempat untuk meneruskan proses jual beli itu dan tidak sempat melipatkan kain tersebut.
 
Ketika Qiamat, seseorang yang baru memerah susu lembunya tetapi tidak sempat meminumnya.
 
Ketika Qiamat, seseorang yang sedang memperbaiki tepi kolamnya tetapi ia tidak sempat meminum airnya.
 
Ketika Qiamat, seseorang yang sedang mengangkat makanan ke mulutnya, tetapi tidak sempat memakannya

bar3.gif

PERIHAL KEDUA
(TANDA QIAMAT TIDAK LANGSUNG)

supanova.gif

 
Lahirnya Baginda Rasulullah s.a.w sebagai nabi akhir zaman.
 
Berkurangnya ilmu yang menyebabkan bertambahnya kebodohan manusia khususnya dalam pengisian ilmu kerohanian.
 
Lebih ramai perempuan berbanding lelaki sehingga dinisbahkan oleh Ulama sebanyak 50:1 dan ada sesetengah menyatakan 40:1.
 
banyak berlaku gempa bumi.
 
Masa terasa semakin pendek.
 
 
Wang melimpah ruah sekelilingmu.
 
Orang sudah tidak mahu menerima sedekah disebabkan semakin ramai yang kaya raya.
 
Banyak orang minum minuman keras bahkan menjadikan ia suatu kelaziman
 
Timbul peperangan antara dua pasukan yang besar.
 
Ramai orang bermegah-megah dalam gedung-gedung besar.
 
Orang yang lalu berhampiran kubur lalu berkata "Alangkah baiknya kalau aku mengantikan orang ini".
 
Banyak berlaku pembunuhan secara terang-terangan.
 
Dimana-mana dijumpai kebakhilan (kemungkaran)

lingkaran.gif

PERIHAL KETIGA
(TANDA QIAMAT LANGSUNG)

starrynight.gif

 
Diriwayat oleh Auf ibni Abdul Malik r.a. ; Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu diantaranya iaitu Penaklukan Baitulmuqaddis di Palestin"
(Hadith Al-Bukhari)

Zina berlaku secara bermaharajalela. "dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang"

(Hadith Muslim)

 
Banyak wanita yang berpakaian namun pada hakikat ia bertelanjang. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Qiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seolah-olah seperti bertelanjang"
 (Diriwayat dari Abu Hurairah r.a)
 
Alat muzik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. "Pada akhir zaman kelak akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Ya Rasulullah!! bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela alat bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
(Hadith Ibnu Majah)
 
Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya Qiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid"
(Diriwayat dari Ibnu Nasai r.a)
 
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang Qiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." 
(Riwayat Ahmad dan Hakim)
 
Ramai orang soleh dan solehah meninggal dunia."Tidak akan datang hari Qiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi. Maka, tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan mengingkari ketaatan" 
(Riwayat Ahmad)
 
Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya Qiamat ialah tatkala dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" 
(Riwayat al-Thabrani)
 
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Qiamat ialah manusia tidak mahu lagi mengucapkan salam kepada orang lain kecuali kepada mereka yang dikenalnya saja."
(Riwayat Ahmad)
 
Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Qiamat ialah apabila menggelembung (membesarnya) bulan sabit." 
(Riwayat al-Thabrani)
 
Banyak dusta dan penyampaian berita atau fakta yang tidak tepat."Pada akhir zaman kelak akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" 
(Sahih Muslim)
 
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari Qiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" 
(Riwayat Ahmad)
 
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari Qiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." 
(Sahih Muslim)

bar3.gif

PERIHAL KEEMPAT
(DI AMBANG QIAMAT)

sunmed.gif

 
Lahirnya Imam Mahdi yang memimpin manusia ke jalan Allah.
 
Turunnya Dajjal yang amat pandai berbohong, hampir seramai 30 orang yang mana semuanyanya mendakwa diri mereka masing-masing utusan ALLAH. 
 
Berlakunya Ad-Dhukan (asap atau kabut) yang menutupi dunia.
 
Turunnya Nabi Isa a.s sebagai penyelamat umat manusia dari kesesatan al-masih Dajjal.
 
Keluarnya bangsa Yakju' dan Makju'  yang membuat kerosakan dibumi
 
 
Tiba suatu masa yang mana orang muslimin memerangi orang-orang yahudi menyebabkan mereka bersembunyi di balik-balik batu dan pohon. Lalu berkata batu atau pohon itu, "Hai! Muslim, hai Abdullah, ini orang-orang yahudi bersembuyi di belakangku. Kemarilah, bunuh dia;" Kecuali pohon Gharqad kerana pohon ini berasal daripada yahudi.
 
Terbitnya matahari dari sebelah Barat dan tenggelam dari sebelah timur.

bar3.gif

mutiara.jpg

Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yang dapat memberikan pedoman kepada mereka yang menghayati dan seterusnya mengamalkannya mengikut kemampuan kita dari masa ke semasa